Syukran Ya Rabb


Alhamdulillah ...
Syukran Ya Rabb..
kerana berikan aku kekuatan tika aku sendirian 
kerana berikan aku keyakinan tika semangatku hampir goyah
kerana titipkan keimanan tika jiwaku kian leka
Syukran Ya Rabb..
kerana anugerahi aku dengan kasih dan sayang daripada setiap insan yang ada di sisi sejak Engkau berikan nafas ini padaku






berbicara namun terselit hiba
tersenyum namun tersemat rasa pilu
ketawa namun tersimpan duka
riang namun ada sendu di hati
di sebalik wajah itu tertahan rintih tangisan

kala sepi menyapa
sendiri melewati waktu
lantas hanyutlah diri membawa hiba dihati
sarat bersama duka yang tak tertanggung
suram bersama sendu
air mata lembut menyapa pipi
sarat rasanya di hati
dugaan tertulis terlalu berat di bahu

Ya Rabbi..

berikanlah kekuatan di penghujung jalanku ini
seandainya ini terbaik buat diriku ini
beri ku kekuatan kesabaran di hati
agar aku mampu bangkit melangkah kembali
sukar bagiku menempuhinya sendiri
tanpa KAU memimpinku

Ya Rabbi..

aku memohon pertunjuk Mu
sesungguhnya kursi Mu meliputi Langit Dan Bumi
tiada yang alpa dari pengetahuan Mu
tiada daya ku melainkan mengharap kasih dari Mu ..

Love me



Tinta kasih dan sayang buatmu sahabat…
Ibarat bunga di tengah rumput sendiri 
Memujuk kesepian sendiri
Tanpa sahabat disisi
Tanpa sahabat yang sudi berkongsi kesedihan hati
Tanpa sahabat yang sudi mendengar luahan hati
Tanpa sahabat yang memberi semangat untuk hati
Sendiri dan sendiri

Sahabat..

Sayangi aku..

Sungguh aku memerlukan kamu
pimpin tanganku..
menuju jalan redha Ilahi
Sungguh aku memerlukan kamu
tiupkanlah semangat buatku..
bersama denganku menggapai cinta kasih Ilahi

♥..LOVE ME….♥
…Aku menyayangimu kerana Allah…

Sahabat kau bagaikan bintang...



Sahabat kau bagaikan bintang...
dalam pekatnya malam...
Kau sentiasa hadir...
walau cahayamu secebis cuma..
namun kerlipan mu sangat indah...
kau tak pernah meninggalkanku
meski awan menutupimu..
namun ku tahu ku yakin kau ada untukku..
tika malam kau selalu disana ..
menjelma bagaikan pelita..
membantu ku melangkah..
dari lorong yang gelap..
sahabat...kaulah bintang sejatiku..
yang tertawa menangis ..
berjalan dan tak henti..
berkelip dan bersinar..
dalam langit hidupku..
Terima kasih sahabatku..
Moga ukhuwah kita dalam cinta kasihNya...^_^"

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...