Sahabat kau bagaikan bintang...



Sahabat kau bagaikan bintang...
dalam pekatnya malam...
Kau sentiasa hadir...
walau cahayamu secebis cuma..
namun kerlipan mu sangat indah...
kau tak pernah meninggalkanku
meski awan menutupimu..
namun ku tahu ku yakin kau ada untukku..
tika malam kau selalu disana ..
menjelma bagaikan pelita..
membantu ku melangkah..
dari lorong yang gelap..
sahabat...kaulah bintang sejatiku..
yang tertawa menangis ..
berjalan dan tak henti..
berkelip dan bersinar..
dalam langit hidupku..
Terima kasih sahabatku..
Moga ukhuwah kita dalam cinta kasihNya...^_^"

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...