Sekadar muhassabah diri...

ujian itu penyeri 
warna dalam perjalanan hidup
bukan sengaja Allah timpakan buat kita..
Allah perancang sebaik-baiknya takdir hidup...
Dia Maha Mengetahui..

“Allah tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dgn kesanggupan.” (QS. Al-Baqarah : 286)

Sabar itu meski pahit ...

Tetapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehnah ujian
Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora ..(pinjam sikit lirik lagu ni..^^)

Ujian itu menguatkan hati
ujian itu mematangkan
ujian itu menjadikan kita manusia yang bersyukur
bersyukur akan nikmat hidup
Jika di uji tu maknanya ALLAH masih sayang pada kita..

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...