Nikmat dariNya...."belajar untuk bersyukur"



walaupun tak larat...bangun juga
sebab mungkin esok nikmat untuk bangun dah tak da..?
walaupun tak berdaya... melangkah juga
sebab takut2 esok dah tak boleh berjalan seperti biasa
walaupun lemah..akan digagahi juga
mana tahu esok lusa dah tak boleh seiringan dgn kawan2...
walaupun tegang..cuba juga lemparkan senyuman
mana tahu esok senyuman tidak lagi terhias di wajahku
walaupun pahit...ku maniskan juga
mungkin saja tiba2 esok lusa tak boleh lagi menikmati kesedapaan hot Chocolate kegemaranku..
walaupun pedih..akan ku buka kan mata
bimbang,takut esok dah tak boleh buka mata...

"walaupun,walaupun dan walaupun,hargai dan syukuri nikmat yang dianugerahkanNya,Allah menciptakan manusia dengan SEBAIK-BAIK KEJADIAN"

Dunia indah harum mewangi

Cantik bersinar si matahari
Hidup gundah tiada terperi
Tanda ujian dari Ilahi
Hati damai senyum terukir
Tanda kasih kurniaan Ilahi
Hikmah terselit di tepi tabir
Hanya Allah kunci rahsia dihati
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Al-Baqarah:286).

I ♥ u Dear Sahabatku....

Sahabat yang ku kasihi itu..
kalau dia senyap.. tanda dia sedih..
dan aku akan tumpang sedih melihat dia..
sahabat yang ku cintai itu..
kalau dia ceria, tanda dia gembira teramat..

dan keceriannya akan turut menggembirakan aku..

sahabat yang ku sayangi itu..

kalau dia menangis, maka aku akan duduk di sisinya, menyeka tangisnya..

♥~sahabat, aku rindu kamu..~♥

Syukran adik ku sayang...♥







Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Kak Sinar sayanggggggggggggg...Allah selamatkan kamu"(^_^)♥


SaNaH HeLwAh wAhAi kAkAk kU SaYaNggggg!! ♥


Ya Allah..
pada detik kelahiran kakak ku ini..
dia suci daripada memungkiri perintahmu..
maka pada hari ini ampunkanlah dosanya sesuci kelahirannya...

Ya Allah..
sewaktu dia mula melihat dunia..
dia telah diazankan & diiqomahkan dengan seruan agamu Mu..
maka janganlah engkau biarkan dia walau sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..

Ya Allah..
dia amat lemah dengan ujian Mu..
tetapkanlah hatinya pada agamaMu..
& sentiasa mentaati perintahMu serta didiklah dia dengan al-quran
& sunnah rasulMu..

Ya Allah..
aku sayang kepadanya..
jadikanlah dia dikalangan tenteraMu..
& jauhkan dia dari melakukan maksiat..
serta terimalah ibadahnya agar dia tidak mencium azabMu..

Ya Allah..
berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmat Mu..
sekiranya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi keperluannya..
Engkau campakkanlah rasa kesyukuran dihatinya..
agar dia tidak lupa kepada makhlukMu yang lain..

Ya Allah...
terimalah doa hambaMu yang kerdil ini..amieN.....

~Sayangggg akak!!!♥

Sayanggggggggggggg adik juga..♥


http://ukhwahdakwah.blogspot.com/2012/02/sanah-helwah-wahai-kakak-ku-sayanggggg.html?spref=fb


Hari ini ..tarikh ini...adalah hari kelahiranku...Alhamdulillah trm ksh Ya Allah ats nikmat umur yg Engkau berikan ini kepada hambam Mu..


Alhamdulillah senyum selalu di wajah
Hati mesti redha dan ceria
Kiranya masih berkesempatan hargailah
Andai tiada redha lah 
Takdir Allah bersyukurlah
Alhamdulillah atas usia...atas nafas,
Degup jantung yg masih diberikanNya
Terima kasih ya Allah, terima kasih dan Alhamdulillah
Aku bersyukur aku masih sihat dapat solat
Aku masih diberi kesempatan
Wahai Allah bantulah kami untuk bertakwa kepadaMu
Hidup dan mati kami keranaMu
Rahmatilah dan berkatilah hidup kami di dunia ini.....amin ya rabbal alamin....





Alhamdulillah Alhamdulillah...dan trm ksh jua kpd sahabat2 yg mendoakan dan menghatrkan ucpan2 ..Trm ksh semoga Allah merahmatimu...sahabatku...

Mimpi

Sahabat..saat kubermimpi sesuatu yang baik tentangmu kuberbaiksangka dan berdoa pada Allah bahawa itu adalah yang sebenarnya terjadi padamu, dan saat kubermimpi yang tak baik tentangmu, kumeyakini semua hanya bunga tidur dan berdoa bahwa itu tak akan pernah terjadi dalam hidupmu kerana persahabatan ini begitu bererti bagiku....

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...