Nikmat dariNya...."belajar untuk bersyukur"



walaupun tak larat...bangun juga
sebab mungkin esok nikmat untuk bangun dah tak da..?
walaupun tak berdaya... melangkah juga
sebab takut2 esok dah tak boleh berjalan seperti biasa
walaupun lemah..akan digagahi juga
mana tahu esok lusa dah tak boleh seiringan dgn kawan2...
walaupun tegang..cuba juga lemparkan senyuman
mana tahu esok senyuman tidak lagi terhias di wajahku
walaupun pahit...ku maniskan juga
mungkin saja tiba2 esok lusa tak boleh lagi menikmati kesedapaan hot Chocolate kegemaranku..
walaupun pedih..akan ku buka kan mata
bimbang,takut esok dah tak boleh buka mata...

"walaupun,walaupun dan walaupun,hargai dan syukuri nikmat yang dianugerahkanNya,Allah menciptakan manusia dengan SEBAIK-BAIK KEJADIAN"

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...