Cinta..



If nak dengar lagu ni sila klik butang pause SCM music player kat bawah tu..^_^"

Saat berbicara tentang cinta.....


Sematkanlah didalam hatiku dan hatinya akan nama Mu..
Agar tautan cinta ini hanya kerana MU..
Jiwaku dalam gengaman Mu..
Maka izinkan cinta kami bertaut kerana Mu..

Aku bersama mu..

serasa rindu pada kampung yang pernah ku jejaki.....
sebuah kampung yang kecil...
sebuah pulau yang kecil indah dan mendamaikan...
sangat2 tenang tenang jauh dari kesibukan kota....


Nur Muslimah

ku amati setiap keindahan Ciptaan Mu ..

dari desiran lautan Mu...
kesunyian yang ku rasa
seakan hilang 
desiran lautan Mu
bagaikan berbisik
aku bersama mu....
dari sapaan angin Mu
duka yang ku pendam berlalu
damai sapaan angin membelai 
kelembutan belaiannya 
bagaikan berbisik 
aku bersama mu

dari birunya langit Mu
tenang warna birunya
luasnya ia terbentang
seakan melukis senyum
jua berbisik 
aku bersama mu


....Subhanallah....

~Teringin nak ke kampung tu lagi....T_T..rindu sangat.....pada lautan"lautan rindu" pada angin "angin rindu" pada langit "langit rindu"..

Tentang Mimpi


Mimpi andai saja mampu ku gapainya 
Menjadikan ia nyata
Mungkin rintik duka takkan singgah dhati
Rintih pilu takkan membaluti jiwa
Mimpi itu indah sekali
Mengharapkan ia menjadi realiti
Namun mimpi tetap mimpi
Takkan sekali berada di dunia realiti
Andainya ada peluang mahu saja ku terus bermimpi
Tapi hidup dalam dunia realiti
Terbina dari cantuman rasa
Terpaksa ku akur pada segalanya.....

Dear my blog....

Bismillahirahmanirrahim....Assalamualaikum


~ tuuuu dia..hihihihi..seriusnya..buat apa tu ????? hiihihi

Salam kasih salam sayang...hihihi lamanya tak buka blog ni....cuz lupa secret key blog ni disebabkan tersepit dann terhimpit dek kerana sibuk bekerja...hihihi, Alhamdulillah dah dapat ingat semula, kali nie nur nak tulis kat buku kecil tercinta psword blog ni,..ok sekarang ..nur nak post semua yang takkkkk dapat terpost.."selama ni post kat fb jer....hihi"....fuh..fuhhhhh..prtama kali berjaya masuk kat blog ni semula..huhuhu punya lah banyak habuk...hihihi kita bersihkan dulu erkkkk.fuhhh..fuhhh hihi......happy sangat dapat menulis semula kat blog ni...hihi ....bermula lah kisah bicara dari hati nur..yang suka yang duka..yang masam, yang manis,dan semua lah yanggggggg....hihi dan segala warna warni kehidupan....InsyaAllah 

Hujan KasihNya...



Hujan..dibalik kehadiran mu 
ada kisah yang indah
jatuh mu setitis demi setitis
itu pengorbananmu..
itu airmata kasihmu
dari awan yang kau tinggalkan
meski awan berat melepasmu..

akur pada takdir Allah
betapa Dia lebih tahu
akan bebanmu awan
Dia perintahkan hujan
turun demi membasahi
tanah gersang yang menanti
tanah gersang yang memerlukan..

Awan usah bersedih
tetaplah tersenyum
pesan hujan pada awan
terkadang melepaskan itu
mungkin yang terbaik....
walau berat
Allah kan ada jadi mengapa mahu bersedih??

lirih awan berkata
hujan pergilah
aku rela demiNya
Hujan pergilah
demi kasih mu padaNya
demi ketaatamu padaNya
mendengarmu aku mengenalku

hujan turun dengan airmata
meninggalkan awan kesedihan
Betapa berat..
betapa sakit ..
Tapi Allah lebih tahu segalanya

Awan..Hujan lihat...
Allah menghadiahkanmu
pelangi nan indah...
indahkan kan takdir Allah
disetiap kepahitan pasti ada kemanisan
di balik kesusahan pasti kan ada kesenangan
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar...

Dekatkan diriku pada Mu...



Dalam desahan nafas ini
di antara langit dan bumi Mu
bertemankan malam
tenang dan damai
merdu purnama menyapa
mengharumkan malam
semakin jauh waktu melangkah
kegelapan terus menjajah
cahayanya sirna entah kemana

Ya Allah...

Dekatkan diriku pada Mu
daku mencari secebis cahaya dari Mu
terangkan cahaya iman ku di sisi Mu
untuk menatihku berjalan diatas tangkai fatamorgana duniawi

Ya Allah ..

Hanya pada Mu...
daku berlindung kepada Mu
dari keburukan yang telah ada
jua dari keburukan yang akan tiba
daku memohon bantulah hamba Mu ini
ringankanlah daku untuk menunaikan kebaikkan
dan bebankan berat gunung di jiwa dan ragaku
dari perbuatan dosa dan nista

Hanya Pada Mu..
daku memohon bantulah hamba Mu ini
untuk menegakkan ketaatan diatas pelangi cinta Mu..

Aamiin Ya Rabb..... 

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...