Tentang Mimpi


Mimpi andai saja mampu ku gapainya 
Menjadikan ia nyata
Mungkin rintik duka takkan singgah dhati
Rintih pilu takkan membaluti jiwa
Mimpi itu indah sekali
Mengharapkan ia menjadi realiti
Namun mimpi tetap mimpi
Takkan sekali berada di dunia realiti
Andainya ada peluang mahu saja ku terus bermimpi
Tapi hidup dalam dunia realiti
Terbina dari cantuman rasa
Terpaksa ku akur pada segalanya.....

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...