Melangkah.....


Mencuba untuk melangkah dari kabus hidup
Yang belum pasti reda….
Hati umpama tertimpa hujan keliru
Ku hanya mampu berpayungkan doa dan harapan
Ya Rabb beri daku kekuatan untuk memilih
Apakah aku harus berteduh dibawah rimbunan rasa
Atau membiarkan saja takdir mengalunkan bicara

Betapa bahagianya diri ini…
Andai saja mentari..memutuskan tidak bersembunyi lagi
Tapi aturan yang Maha Mencipta sungguh indah
Saban hari pekat malam diamanahkan untuk kembali menyapa

Ada apa pada penghujung jalan..
Ya Allah ku mohon kekuatan dan petunjuk-Mu agar dapat 
Ku menyusuri perjalanan hidupku
Dengan redha-Mu…
Ujian yang sedikit cuma
Namun betapa lemahnya hamba-Mu ini 
Menyingkap hikmah disebaliknya…

Ya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya..
Hanya pada-Mu ku memohon
Izinkan aku mencuit sedikit tenang
Dalam ujian-MU..

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...