Saat ini.....



Saat ini ku berjanji, untuk lebih menikmati…

Desiran angin yang lembut, membelah kesunyian….
Saat ini ku berjanji, untuk lebih menghayati….
Kegigihan sekawan semut mengharung seketul kecil serbuk roti…
Saat ini ku berjanji untuk lebih menghargai..
Bening mata insan-insan tercinta…



Kini ku yakini setiap satu ada nilainya tersendiri…
Walau ia mungkin tidak bererti apa-apa pada sesiapa…
Namun padaku, semua itu bermakna pada kehidupanku...



selagi ku masih bernafas… Selagi ada waktu…
Izinkan aku mencuba memaknai kehidupanku..
Bahawa setiap yang berlaku bermakna dalam hidupku



Agar tidak ku menyesali apa yang tidak dapat kunikmati…
Agar tidak ku menyesali apa yang tidak dapat kuhayati…
Agar tidak ku menyesali yang tidak dapat kuhargai…

Kerana kuinsafi, usia ini milik-Mu Ya Allah..

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...