♥ PANTUN MARI BERSOLAT ♥

Berbaju kurung bertudung labuh,
Berkain songket berselipar jepun,
Awal pagi dh sembahyang subuh,
Agar hidup sentiasa rukun.

Pagi2 minum kopi,
Bekalan untuk perjalanan ke johor,
Pandu kereta berhati-hati,
Masuk waktu sembahyang zohor.

Org kaya berkereta besar,
Sambil bersembang memakan kacang,
Bila tibanya waktu asar,
Itu tandanya hari dh petang. 

Waktu petang menjamah roti,
Roti dibeli dikedai cik sarip,
Mulut ibu tak henti-henti,
Menyuruh adik sembahyang magrib.

Wanita cantik lelaki kacak,
Hulurkn senyuman muka berseri,
Bila malam sembahyang isyak,
Baru cukup 5 waktu sehari. 



Pantun dari kak Suhaili yang nur sayangi...hehehe pandaikan akak nur berpantun...sweet sangat pantun ni..pantun islami suka.suka sangat....mengajak kita mari bersolat 5 waktu ..tiang agama..^_^

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...