Dari Hati...


Ikhlas lah dari hati sedalamnya
ungkapkan syukur pada Nya
dalam sujud
dalam senyum
dalam tangis
dalam kata-kata
dalam hati
dalam tingkah
dalam mimpi
dalam angan-angan
dalam harapan dan impian
bahawa diri mu bersyukur redha pada ketentuanNya
izinkan ku untuk terus bersimpuh
meski dosa ku menggunung tiada kata
aku mahu mencuba serta berusaha
meraih pandangan Mu padaku
terimalah cintaku
dari hati yang masih sesungguhnya rapuh
Namun cukup kuat untuk terus mencuba lagi
hidupkan aku dengan cinta Mu
matikan aku dengan cinta Mu
bangkitkan aku dengan cinta Mu
cinta Mu bagiku adalah segala-galanya
izinkanlah aku merasakan cinta Mu yang Indah

(P/s berusaha meraih cintaNya......Allahu Musta'an)

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...