Ikhlas..



Firman Allah:


 “Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku kasihi.” 
- Hadis Quds -

Ikhlaskah aku selama ini beribadah kepada Mu
Pertanyaan itu memenuhi ruang fikiranku ,Aku merenungi kehidupanku selama ini. Apakah ibadah yang selama ini kukerjakan itu benar-benar kulakukan dengan ikhlas?Atau hanya sekadar menjalankan perintah agama dan kewajiban-kewajiban lainnya yang lazim dilakukan seorang hamba kepada Mu

Ya Allah, ajari kami agar sentiasa ikhlas menjalankan semua perintah Mu kerana kecintaan kami kepada Mu bukan kerana kewajiban semata…Ya Allah, berilah kami selalu hidayah dan taufiq Mu agar perjalanan zahir dan batin kami berjalan selari menuju keredhaan-Mu.. Aamiin Ya Rabb

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...