Erti sebuah waktu...


Malam yang sunyi bergerak menuruti waktu
Lalu ku cuba memaknai erti sebuah waktu
Waktu yang terus berlalu 
Waktu terus berdetik
Tanpa rasa lelah
Terus berlalu menyusuri
detik demi detik
Minit demi minit
Jam demi jam
Hari demi hari
Minggu demi minggu
Bulan demi bulan
Tahun demi tahun
Dan waktu itu tak mungkin kembali
Tetap setia pada perjalanan masa
Aku berharap…dapat
Memanfaatkanmu sebaik mungkin
Sebelum engkau berlalu tanpa erti
Aku ingin hidup ini penuh erti
Aku ingin agar tentang diriku bererti
Untuk insan-insan di sekelilingku
Agar nanti walau ketiadaanku
Mereka tersenyum mengingati tentang diriku..

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...