Dekat pada Allah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Bismillahirrahmanirrahim..

Bila hati mempunyai seribu rasa 
tapi tak terluah walau sepatah kata
Sesak menghimpit jiwa
Diasak pelbagai mehnah dunia
Kembali lah kepada jalan itu
Jalan yang Satu

Dekat pada Allah
Agar rasa tenang mengisi relung hatimu
Rasakanlah sentuhan kasih sayangNya
Yang tak pernah meninggalkanmu
Yang sentiasa menantimu
Kembali kepadaNya..

“Ya Allah tetapkanlah hati kami di jalan menuju cintaMu..menuju keredhaanMu”

Note: Allah Maha mengetahui...segala apa yang terdetik dihati, biarpun belum terucap walau pada sehembus nafas...

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...