Spread Salaam..♥


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirahmanirahim.

Sentiasa mendoakan kamu dalam keadaan sihat sejahtera…

“kalimah salam”
Disebar mendoakan keadaan sejahtera saudara seagama
Salam itu doa
Doa itu sendiri merupakan inti ibadah
Dan diberikan pahala bagi siapa yang mengucapkannya
Maka jangan pernah jemu memberi salam
Salam itu ibarat menyebarkan kasih sayang
Sayang pada insan-insan disekeliling
Sebagai tanda sayang, sebarkan salam
Doakan kesejahteraan insan-insan disekeliling mu
Salam itu doa
Salam itu kasih sayang
Salam itu merapatkan ukhwah..InsyaAllah
Dan untuk setiapnya salam itu kebaikan

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”
~Surah An-Nisaa'4:86~


Note: Bila Islam itu sebagai cara hidup, maka apa yang dilakukan semua kembali pada Allah..^_^”

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...