MEMAAFKAN…


~ In love with ALLAH S.W.T ~

Bismillahir Rahmanir Raheem…. All Praise is due to Allah…. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

“Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat ‘musuh-musuhmu’ bahagia. Wahai diri ingatlah…setiap gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.”


Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata, Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘sebab’, lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’. Jika kau disakiti, Dia sedang mengajarmu erti redha.


Firman Allah yang bermaksud :

“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara” - Surah Fusiilat : 34.



credit to : Akhi Yusri Idham

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...