Seiringan...


Bismillahirrahmanirrahim..

Jalinan ukhuwah ini 
Begitu indah Allah takdirkan
Tidak pernah terdetik dihati
Membiarkanmu melangkah sendiri
Biarlah langkah kita seiringan
Seiringan menuju cinta Ilahi
Seiringan menuju ke arah kehidupan yang lebih di redhai-Nya

Note: Di hati ini hanya Allah yang memahami meski tak terungkap dengan kata-kata.Aku masih dan tetap akan terus merintih pada Dia kerana aku tahu aku masih berada di dalam lautan kekurangan. Sungguh aku jua dalam proses menggapai cintaNya, jua dalam proses menagih redhaNya, indahkan sahabat jika kita seiringan ke arahnya...

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...