Allah Dekat Dengan mu




Saat jari-jari menyentuh sejadah
Saat diri menyentuh kalam cintaNya
Allah Kau sesungguhnya dekat denganku…
"Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Engkau suka memberikan keampunan Maka ampunkanlah aku."..
Semoga kita mendapat maghfirah dariNya….dan segala amal ibadah puasa kita diterima Allah di bulan suci penuh keberkatan ini…

Saat diri lama berteleku di sejadah cintaNya
Betapa diri mahu Dia ada
Menyeka air mata ini
Memeluk ku dalam dakapan cintaNya
Allah aku tahu Kau dekat….

Penuh syahdu ku suarakan
Ku hayati helai demi helai
Dengan cinta di hati
Menitis air mata ini..


Note : Allah itu Maha Penyayang,malam, Dia tunggu kita,siang pun dia depakan tangan seluasnya untuk kita. Dia ada, sentiasa ada…sentiasa bersama…bahkan dibulan yang mulia ini…Allah bertambah-tambahlah dekat..Subhan’Allah ,Telah Engkau sisihkan satu bulan mulia untuk kami, hamba-hambaMu yang hina dan penuh dosa ini. Ampunilah kami..

Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni

"Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Engkau suka memberikan keampunan Maka ampunkanlah aku."..

Semoga kita mendapat maghfirah dariNya….dan segala amal ibadah puasa kita diterima Allah di bulan suci penuh keberkatan ini…

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...