Ittaqullah, “bertaqwalah kamu kepada Allah”

 Sangat terkesan di jiwa...untuk setiapnya...


Bertaqwalah kamu sekalian dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kamu sekali-kali mati kecuali dalam keadaan muslim” ~ Ali Imran ayat 102 ~

Ketika seorang sahabat bertanya Umar , bagaimana itu Taqwa??
Umar mengatakan ia seperti berjalan di atas jalan berduri
Kita akan menarik  ke atas kain jubah kita dan berjalan dengan hati-hati.

Kita tidak mahu duri dosa-dosa itu mengoyak jubah kehidupan kita dalam kita mengharungi jalan untuk bertemu Kekasih Teragung, Allah S.W.T.
Adakah seorang kekasih mahu berjumpa kekasihnya dengan pakaian yang koyak rabak? Tidak, malah dia akan berhati-hati terhadap semua perbuatannya.
“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang bertaqwa.”
~ Al-Hujurat: 13 ~


Pesan Taqwa, Ustaz Pahrol Mohd Juoi"..taqwa bererti pemeliharaan, penjagaan atau perlindungan. ertinya, taqwa itu adalah rasa di dalam hati yang menggerakkan seseorang memelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara dosa sama ada besar atau kecil yang boleh memudaratkan agama.." 


“Ya Allah berikanlah ketaqwaan kepada diriku dan sucikanlah ia kerana Engkau sebaik-baik Rabb yang mensucikannya Engkaulah pelindung dan pemeliharanya” 
~ HR Bukhari ~



p/s "…Mujahadah.. Moga dalam perlindungan Allah …."


No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...