~ kembali Menjadi Pencinta Ilahi ~



Bismillahirrahmanirrahim

Kekabutan malam ..

Bersama titisan sesederhana hujan menyapa
Seumpama sedang memujuk jiwanya
Inikah Rahmat dari Allah
Tangisan mengalir dalam jiwanya
Syahdu begitu mulus

Dalam sendu tangisan ia berkata
Allah langkahku ini penuh dosa dan noda
Namun dengan Rahmat Mu
Aku kembali kepada Mu
Merintih aku dipengaduanku pada Mu
Jiwa ku pujuk mengenang Ghaffar Mu

Semakin lama semakin hanyut dia
Dalam serakan doa seiring tangisan taubat nasuha
Bening malam itu mengembalikannya
Menjadi seorang pencinta
Pecinta Ilahi
Pencinta kebenaran
Pencinta kasih sayang

Cinta yang selama ini tersisih
Sedang Allah sentiasa menanti cintanya
Tiada ia berlengah lagi
Kan ditanam dihati
Semoga Nur Ilahi bersinar di Qalbu

Bersama alunan merdu alam di hening malam
Bertasbih,Bertafakur,Bersyukur
Moga ketenangan dan kebahagiaan kan ditemui
Di jalan cinta kasih Allah yang sentiasa bersama…

~ Nur Di Hati ~ 18082012

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...