Salam Aidilfitri



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Syawal kan menjelma
Ramadhan kan melambai berlalu pergi
Masihkah kita berpeluang menjadi tetamu Ramadhan lagi??

Ramadhan suatu Madrasah kasihnya Allah
Suatu ruang yang kita dapat bernaung
Doa pengharapan kita panjatkan
Rahmat dari Nya kita pohon
MogaTarbiyah Ramadhan kekal dalam perjalanan panjang….

Berlabuhnya tirai Ramadhan ..
menyusulnya gema takbir Syawal
Moga akan menyucikan jiwa kita
Terasa kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir
Allahu Akbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar

Allah keredhaan Mu keampunan Mu dan cinta kasih Mu ku pohon…

Dengan kerendahan hati mohon maaf zahir dan batin…Salam Aidil Fitri, Salam Kemuliaan..iklhas dari Nur

Selamat Menyambut Hari Raya 'AidilFitri Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair, Taqabbalallaahu minna wa minkum ajma’een ..

No comments:

Nur

My photo
Berbicara dalam dunia diriku yang kecil,bersuara bertemankan kesederhanaan,Muslimah biasa yang secara fitrahnya tiada sempurna,Melangkah di atas jalur perjalanan yang diaturkan-NYA dengan kemas dan berhikmah,Berkongsi sedikit rasa dengan ilmu yang miskin, Moga hati sentiasa damai dengan tiap takdir yang digariskan... Kerana Allah itu ada dan akan sentiasa ada... Kerana Dia jugalah Pemilik segala rasa...